Pengenalan KH

Kemahiran Hidup merupakan satu mata pelajaran bercorak amali yang diajar dalam Tahap II Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Mata pelajaran ini digubal untuk mengembangkan keupayaan dalam bidang reka bentuk dan teknologi serta perniagaan dan keusahawanan. Bidang ini dapat dikuasai melalui penguasaan kemahiran praktis, pengetahuan serta pemupukan sikap yang positif berasaskan teknologi dan keusahawanan.

Mata pelajaran ini terbahagi kepada dua bidang iaitu :

1. Reka Bentuk dan Teknologi.

2. Perniagaan dan Keusahawanan.

Reka Bentuk dan Teknologi

Bidang Reka Bentuk dan Teknologi membekalkan murid Tahun Empat dengan pengetahuan dan kemahiran teknologi untuk menghasilkan projek yang berlainan dengan menggunakan proses reka bentuk. Untuk tujuan ini, murid didedahkan kepada pengenalan kreativiti serta turut juga melakukan kajian reka bentuk dan kefungsian produk. Murid juga menggunakan teknik dan proses pembuatan yang melibatkan bahan gabungan kayu dengan bahan kitar semula bukan logam serta penghasilan projek elektrik. Di samping itu, murid juga menghasilkan tanaman hiasan dan melakukan kerja penyenggaraan alatan yang telah digunakan. Amalan untuk memastikan keselamatan diri dan orang lain semasa melakukan aktiviti turut diberi penekanan.

Perniagaan dan Keusahawanan

Bidang Perniagaan dan Keusahawanan membekalkan murid dengan pengetahuan mengenai amalan perniagaan dan keusahawanan. Mereka mengenal pasti kumpulan sasaran bagi sesuatu jenis barang dan mengumpul maklumat untuk mendapatkan sumber bekalan. Murid juga merancang penyediaan jualan dengan menerapkan etika jualan semasa aktiviti jual beli. Murid turut didedahkan cara membuat promosi jualan, melayan pelanggan dan merekod jual beli dengan lebih sistematik. Amalan untuk memupuk nilai dan sikap seperti berdikari, yakin diri, inisiatif dan berdaya saing turut ditekankan. Murid didedahkan secara tidak langsung tentang kaedah mencari dan menggunakan peluang perniagaan dengan bijaksana.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s