About

Name:

sk. sintuong tuong

Category:

Organizations – Academic Organizations

Description:

Sk Sintuong Tuong merupakan sebuah sekolah yang terletak di sebuah perkampungan yang bernama Kampung Sintuong Tuong yang jauhnya kira-kira 75 km atau mengambil masa lebih kurang 1 jam dengan pacuan empat roda dari pekan Tambunan. Sekolah ini didirikan d…alam tahun 70-an. Guru Besar pada ketika itu ialah En. Uliti dan dibantu oleh 6 orang guru iaitu 4 orang guru terlatih dan 2 orang guru sandaran.

Memandangkan pada ketika itu sekolah ini agak terpencil dan hanya dapat dihubungi secara berjalan kaki dengan menyusuri hutan atau sungai sahaja maka sekolah ini telah dipindahkan ke sebuah tapak baru. Lokasi yang baru ini terletak di antara kampung Sintuong Tuong Tambunan dan Kampung Kiporing Tambunan dengan keluasan kira-kira 5 ekar.

Perpindahan sekolah ini bertujuan untuk memudahkan penduduk-penduduk kampung yang berhampiran menghantar anak mereka ke sekolah. Kini sekolah ini boleh dihubungi melaluai jalanraya dan boleh dilaluai menggunakan kereta pacuan 4 roda.

Kemudahaan sekolah ini ialah terdiri daripada 1 blok bangunan iaitu meliputi 5 bilik darjah, sebuah pusat sumber dan bilik guru. Sebuah pondok kecil dibina berhampiran bilik guru dan dijadikan sebagai bilik tahun 1. Sebuah rumah kembar untuk guru, dua buah bangunan kecil yang dibina oleh PIBG dengan menggunakan papan dan bambu, bangunan ini digunakan sebagai rumah kediaman guru, stor dan kelas pemulihan. 5 buah tandas dibina bersambungan untuk kemudahan murid dan juga guru. Sekolah ini menggunakan tenaga solar hybrid sebagai janakuasa elektrik dan kemudahaan komputer yang mempunyai jaringan internet yang menggunakan parabola hasil daripada projek schoolnet.

Jumlah keseluruhan murid pada ketika ini ialah 30 orang murid. Tenaga pengajar ialah seramai 11 orang termasuk Guru Besar dan 1 orang kakitangan bukan mengajar.

nuffnang_bid = “fb905cb2fd064b301291118d1ba57380”;