PROGRAM SELEPAS UPSR.

PENGENALAN

Setiap tahun Unit UPSR pihak Sekolah Kebangsaan Sintuong-Tuong akan merancang pelbagai aktiviti untuk murid-murid tahun 6 selepas UPSR. Aktiviti-aktiviti yang dirancang saban tahun adalah untuk mengisi masa murid-murid selepas UPSR. Setiap aktiviti yang dirancang menjurus kepada kesesuaian dan kemampuan murid. Antara aktiviti yang sering kali dilaksanakan ialah aktiviti keceriaan sekolah, permainan dan pertandingan. Selain itu, ada juga aktiviti yang berbentuk keagamaan serta kerohanian sesuai dengan usia murid yang meningkat remaja.

OBJEKTIF

1. Memastikan program yang diamanahkan oleh pihak Pejabat Pelajaran Daerah Tambunan akan tercapai dengan jayanya.
2. Menyumbang kesedaran kepada Ibu Bapa/Penjaga bahawa program yang dirangka oleh pihak sekolah perlu mendapat sokongan dan kerjasama yang menyeluruh.
3. Keprihatinan Ibu Bapa/Penjaga sewaktu menjaga dan mendidik anak-anak agar menjadi insan yang seimbang dan selari dengan kehendak ajaran agama.
4. Ibu Bapa/Penjaga perlu merancang corak kehidupan anak-anak demi masa hadapan mereka.
5. Daya pemikiran kreatif dan kritis Ibu Bapa/Penjaga penting untuk anak-anak dan membuka minda anak-anak daripada senantiasa dijajah oleh kemiskinan.
6. Mendapat maklumat terkini mengenai peranan pihak kerajaan dalam menjanakan masyarakat Malaysia yang berilmu dan serba boleh.
7. Menyedarkan bahawa anak-anak adalah generasi akan datang dan mereka perlu disemai dan diacuankan mengikut peredaran zaman serta tidak lari dengan landas- landas agama Islam dan kehendak pemerintah.
8. Mengisi masa selepas peperiksaan UPSR dengan aktiviti-aktiviti yang menarik.
9. Menyemai benih sayangkan sekolah dan semangat ingin belajar.

SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG

Unit Tahun 6 mengucapkan terima kasih kepada semua guru khususnya guru Tahun 6  yang bersama-sama membei komitmen dari segi tenaga bagi menjayakan program ini. Program ini adalah bertujuan memenuhi jadual waktu murid dengan aktiviti yang berfaedah merangkumi semua aspek pendidikan bagi membentuk murid yang mempunyai jati diri dan mantap dari segi rohani, jasmani, emosi dan intelektual. Harapan supaya program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s