Jangan salah guna Netbook 1Malaysia

PEKAN 23 Jun – Pelajar sekolah menengah yang menerima Netbook 1Malaysia diingatkan supaya tidak menyalahgunakan kemudahan itu untuk tujuan negatif serta mengakses bahan-bahan yang tidak berfaedah.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim berkata, pelajar berkenaan perlu bijak menggunakan komputer tersebut bagi mencari maklumat untuk meningkatkan pengetahuan dan sumber pembelajaran.

“Kerajaan memberikan komputer berkenaan secara percuma adalah bertujuan memberi peluang kepada mereka memperolehi maklumat dan pembelajaran dengan cepat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Kampung Tanpa Wayar dan Pengagihan Komputer 1Malaysia Parlimen Pekan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lepar di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, seramai 645 pelajar sekolah menengah dari seluruh daerah ini menerima Netbook 1Malaysia.

Menurut beliau, pemantauan guru di sekolah dan ibu bapa di rumah terhadap pelajar dan anak-anak amat penting bagi mengelakkan penyalahgunaan Internet di kalangan pelajar.

“Ibu bapa dan guru mempunyai peranan yang penting dalam mengawasi pelajar ini agar mereka tidak terdedah anasir negatif seperti berkaitan seksual, pembohongan, penipuan dan sebagainya,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, kadar penembusan jalur lebar di Malaysia kini mencecah 58.4 peratus iaitu melebihi sasaran awal sebanyak 50 peratus.

Katanya, kerajaan menyasarkan untuk meningkatkan kadar penembusan jalur lebar di seluruh negara kepada 60 peratus menjelang akhir tahun ini.

Oleh ARKIB utusan malaysia online : 24/06/2011

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0624&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_03.htm

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s