Syamimi, Diana, Mardiana menang

KUALA KRAU 10 Mei – Bekas murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Noor Syamimi Omar dan anak pasangan Melayu-Cina, Diana Lee Mohd. Farzeen Lee muncul juara serta naib juara pertandingan pengucapan awam bahasa Mandarin di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pahang, Bandar Jengka, di sini, baru-baru ini.

Noor Syamimi, 22, dari Fakulti Sains Komputer UiTM Pahang memilih tajuk ‘Keamanan Sejagat’ mengetepikan 18 peserta lain yang mewakili kampus induk dan cawangan dari seluruh negara setelah menampilkan pengucapan yang petah, bervariasi dan menepati kriteria berbahasa Mandarin.

Diana Lee, 22, dari Fakulti Pengurusan dan Pentadbiran UiTM Pahang yang membawa tajuk ‘Saya dahagakan keamanan’ turut memukau para juri dan pendengar kerana kemampuannya menyampaikan pidato menggunakan bahasa Mandarin dengan baik dan lancar.

Tempat ketiga disandang Mardiana Zainal, 22, dari Fakulti Undang-Undang UiTM Shah Alam yang memilih tajuk ‘Keamanan milik bersama’.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Rektor UiTM Pahang, Datuk Dr. Hilmi Abd. Rahman.

Dalam ucapannya, Hilmi berkata, UiTM Pahang merupakan tuan rumah kelima sejak pertandingan itu diadakan bermula 2007.

Menurut beliau, bahasa Mandarin kini menjadi bahasa dunia yang semakin penting berikutan kemajuan China menyaingi Barat dalam bidang ekonomi selain mempunyai populasi penduduk tertinggi di dunia dan menjadi sasaran penjualan produk.

”Program ini bertujuan menanam minat penuntut dalam pembelajaran bahasa Mandarin dan meningkatkan keyakinan mereka untuk bertutur dalam bahasa berkenaan.

”Aktiviti ini dapat mengembangkan kemahiran penggunaan bahasa Mandarin dalam pertuturan,” katanya.

Hilmi berkata, program itu juga bertujuan mencungkil bakat penuntut dalam bidang pengucapan bahasa Mandarin dan memberi peluang mereka bertutur dalam bahasa yang semakin diterima umum itu.

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanpahang@utusan.com.my

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s