Festival Hari Guru di Tebingan Kuching bermula

KUCHING 12 Mei – Bahang Festival Hari Guru 2011 anjuran Kumpulan Utusan bersama Kementerian Pelajaran di Tebingan Kuching bermula esok semakin dirasai dengan setiap agensi dan sektor swasta yang terbabit sibuk melakukan persiapan terakhir hari ini.

Penganjuran festival berkenaan selama empat hari adalah bersempena pemilihan bandar raya ini sebagai lokasi sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan yang diraikan pada 16 Mei setiap tahun.

Pengurus festival dan Pengarang Pendidikan Utusan Malaysia, Wahid Hashim berkata, festival itu akan bermula esok dengan majlis praperasmian oleh Pengarah Pelajaran Sarawak, Abdillah Adam.

Beliau berkata, Abdillah kemudiannya akan melancarkan e-LAB.com.my sebelum program diteruskan pada sebelah petang dan malam dengan persembahan Pentarama yang turut melibatkan penyanyi terkenal, Rahmat Mega.

”Selain itu, terdapat kira-kira 90 gerai pameran, jualan dan demonstrasi produk oleh peserta pameran yang terdiri daripada agensi kerajaan dan syarikat swasta termasuk institusi pengajian tinggi (IPT).

”Turut dianjurkan jualan buku dan majalah serta permainan yang melibatkan interaksi secara langsung antara warga pendidik, pelajar, sektor korporat, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta masyarakat setempat,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Wahid memberitahu, gerai Kumpulan Utusan juga menganjurkan pelbagai program antaranya jualan buku, pertandingan mewarna dan teka-teki, sesi bergambar untuk muka depan majalah serta banyak lagi.

Dalam pada itu, katanya, majlis perasmian Festival Hari Guru 2011 bakal disempurnakan oleh Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II, Datuk Awang Tengah Ali Hassan Sabtu ini yang mewakili Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Pada Ahad pula, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud dijangka menyempurnakan pelancaran ‘Intelligent Learning Management System (iLMS)’ peringkat negeri di Tebingan Kuching pada pukul 10 pagi.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula akan menyempurnakan majlis penutupan pada hari terakhir yang akan turut dihadiri Abdul Taib.

Sebelum ini, Festival Hari Guru anjuran Kumpulan Utusan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran pernah diadakan di Terengganu pada 2009 dan Pahang pada 2010.

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar AMIN FARIJ HASAN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s