Gesa tangguh guna e-Kasih pilih murid miskin penerima bantuan

KUALA LUMPUR – Kementerian Pelajaran digesa menangguhkan penggunaan data daripada sistem e-Kasih untuk memilih murid miskin yang layak mendapat bantuan di bawah skim Program Rancangan Makanan Tambahan Sekolah (RMTS) di sekolah luar bandar dan pedalaman khususnya di Sabah.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Jamawi Jaafar berkata, penggunaan sistem e-Kasih menyebabkan berlaku keciciran dan hanya sejumlah kecil murid yang layak menerima bantuan RMTS berbanding dengan kaedah pemilihan sebelum ini berpandukan data dalam Sistem Maklumat Murid (SMM).

Menurut beliau, masalah ini timbul mungkin disebabkan proses penyelarasan dan pemilihan semula daripada SSM kepada sistem e-Kasih memakan masa sedangkan musim persekolahan telah bermula.

“Hampir semua sekolah khususnya di Tenom tidak dapat memulakan bantuan RMTS ini disebabkan murid yang layak berdasarkan sistem e-Kasih terlalu sedikit jumlahnya walhal masih ramai yang sewajarnya layak menerima jika menggunakan sistem SMM yang diamalkan sebelum ini,” katanya yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tenom di sini baru-baru ini.

Beliau memberitahu, daripada 180 murid yang layak menerima RMTS di beberapa buah sekolah di daerah Tenom pada tahun lalu kini me-lalui sistem e-Kasih hanya sembilan pelajar sahaja yang layak menerimanya.

“Satu julat perbezaan yang tidak munasabah jika melihat kepada taraf kehidupan masyarakat luar bandar di daerah ini,” jelasnya.

Malah, ujarnya, jika bilangan penerima RMTS melalui sistem e-kasih ini terlalu sedikit pasti tidak ada pembekal yang berminat untuk membekal ke sekolah yang jauh di pedalaman kerana harga yang ditawarkan hanya RM2.05 untuk seorang murid.

“Ia tidak praktikal dan melibatkan kos yang tinggi,” katanya.

Justeru, Jamawi menyarankan, SMM digunakan semula untuk memilih murid yang layak menerima bantuan RMTS bukan sahaja di Sabah malah di seluruh negara kerana ia lebih tepat dan lengkap serta terbukti tidak menimbulkan sebarang masalah. Langkah sementara ini wajar dilaksanakan untuk membolehkan sistem e-Kasih dikemas kini.

e-Kasih merupakan pangkalan data utama yang mengumpulkan golongan miskin dan miskin tegar sama ada di bandar atau luar bandar di negara ini.

Kementerian Pelajaran menggunakan e-Kasih untuk program membantu golongan tersebut seperti RMTS, Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) dan Bantuan Pakaian Seragam Pasukan Badan Beruniform.

sumber berita: http://www.utusan.com.my

One thought on “Gesa tangguh guna e-Kasih pilih murid miskin penerima bantuan

  1. sangat betul. kasihan bila tengok budak-budak yang tahun lepas dapat RMTS, sekarang bila rehat diorang tidak pegi kantin punn..the reason must be because of no money to buy food. sekolah pedalaman, dont expect much for the pupils laa..

    dan lagi satu. kalau RMTS, ianya memang sahih akan dihulurkan kepada murid. mereka mendapat bantuan makanan dan minuman di sekolah. tapi e-Kasih? the money goes to their parents. and we wont ever know where the money will further to. belum tentu akan dibagi sama budak-budak tu sebagai belanja persekolahan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s