skstt.tambunan@gmail.com

PELAKSANAAN DASAR SATU MURID SATU SUKAN (1M1S)

1.0 PENGENALAN

Dasar 1 M 1 S mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan.
Aktiviti sukan di bawah Sukan Untuk Semua adalah sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan kesemua murid. Bagi Sukan untuk Kecemerlangan, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh yang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu. Dasar ini selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri dalam mendokong semangat 1 Malaysia.

2.0 MATLAMAT

Dasar 1 M 1 S berhasrat untuk,
2.1 Membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun.
2.2 Memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.

3.0 OBJEKTIF

Dasar 1 M1 S berhasrat untuk memenuhi objektif-objektif berikut:
3.1 Meningkatkan kecergasan jasmani.
3.2 Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni.
3.3 Memupuk perpaduan di antara kaum.
3.4 Membentuk budaya sukan di kalangan murid.
3.5 Memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal.
3.6 Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal.
3.7 Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.

4.0 KONSEP

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bermatlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmon is dari SGyi intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI). Ke arah ini, konsep Dasar 1 M1 S adalah diwujudkan untuk menyokong FPK agar dapat:
4.1 Memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah dari penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif.
4.2 Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah.
4.3 Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi.

5.0 SURAT SIARAN YANG BERKAITAN

5.1 Kebenaran khas kepada guru-guru dan murid-murid yang melaksanakan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) memakai pakaian rasmi sukan sepanjang hari berkenaan
(Rujukan KP/KPPM/5 (49) bertarikh 26 Julai 2010).
5.2 Jadual Pelaksanaan Program Sukan dan Permainan Sekolah Sepanjang Tahun (Rujukan KP.BSSK.302-02/03/002(17) bertarikh 14 Januari 2010).
5.3 Surat-Surat Pekeliling Ikhtisas dan surat-surat siaran berkaitan hendaklah digunapakai.

6.0 PRINSIP PELAKSANAAN

Pe!aksanaan Dasar fM1 S hendaklah mengambil kira prinsip-prinsip berikut:
6.1 Setiap murid termasuk rTlurid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Dasar 1 M1 S adalah diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah rendah dan Peralihan , Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah. Walau bagaimanapun murid Murid Pra Sekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah.
6.2 Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah;.
6.3 Asas kepada 1 M 1 S adaiah pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang berkualiti di sekolah. Segala sumber untuk mata pelajaran pendidikan jasmani hendaklah diguna sama bagi 1M1S.
6.4 Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid dalam aktiviti su kan.
6.5 Penyertaan dalam sukan adalah asas kepada perkembangan Intelek Rohani, Jasmani, dan Emosi murid.
6.6 Ibu bapa dan agensi luarl rakan sukan adalah digalakkan untuk menyumbang kepada pembangunan sukan sekolah.
6.7 Setiap sekolah yang sudah pun mempunyai prasarana, kemudahan dan peralatan sukan hendaklah mengoptimumkan penggunaannya bagi meningkatkan lagi penyertaan aktif setiap murid.

7.0 PENDEKATAN PELAKSANA-J\N

Bagi memenuhi prinsip-prinsip pelaksanaan 1 M1 S, setiap sekolah mempunyai pendekatan dalam melaksanakan program sukan mengikut acuan dan kemampuan sedia ada. Dengan itu, pelaksanaan 1 M1 S adalah berdasarkan kepada pendekatan berikut:
7.1 Aktiviti sukan bermaksud melibatkan diri dan mengambil bahagian secara aktif dalam latihan sukan dan permainan di bawah pengurusan sekolah. Sukan yang ditawarkan di bawah 1 M1 S
hendaklah berunsurkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal.
7.2 Aktiviti sukan di sekolah diadakan sepanjang tahun berdasarkan kepada aktiviti rumah sukan dan kelab sukan. Kejohanan tahunan olahraga sekolah yang didahului oleh kejohanan merentas desa dan sukan tara menjadi aktiviti teras sukan di sekolah.
7.3 Pihak sekolah hendaklah mengadakan pertandingan antara tingkatan, kelas, rumah, dorm asrama, kelab sukan sekolah. Penyertaan murid dalam kejohanan MSSD/MSSN/MSSM serta peringkat antarabangsa adalah merupakan aktiviti 1M1S.

8.0 PENILAIAN

8.1 Penilaian murid adalah berdasarkan kepada sistem penilaian sedia ada yang berasaskan:
•Kehadiran;
•Jawatan Serta Sumbangan;
•Penglibatan; dan
•Pencapaian.
8.2 Perubahan pada sistem penilaian sedia ada akan berkuatkuasa dengan murid Tahun 4 dan Tingkatan 1 mulai tahun 2012.


9.0 PERSEDIAAN SETIAP AWAL TAHUN PERSEKOLAHAN

Sekolah hendaklah:
9.1 Mengadakan mesyuarat perancangan 1M1S sebelum penggal pertama persekolahan,
9.2 Menyediakan takwim tahunan dan penjadualan mingguan aktiviti sukan sekolah untuk sepanjang tahun,
9.3 Mengagihkan tugas guru mengikut sukan yang ditawarkan di Sekolah,
9.4 Mendaftar dan mengagihkan setiap murid mengikut rumah sukan dan kelab sukan, dan
9.5 Mewujudkan mekanisme pemantauan pelaksanaan 1M1S.

Sumber Rujukan:

SURAT PEKELILING IKHTISAS BILANGAN 16, TAHUN 2010: PELAKSANAAN DASAR SATU MURID SATU SUKAN (1M1S)

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.