skstt.tambunan@gmail.com

Thank you for visiting us! Sk. Sintuong-Tuong Tambunan D/A Pejabat Pendidikan Daerah Tambunan P/S 27 89657 Tambunan, Sabah Malaysia. Email: skstt.tambunan@gmail.com Facebook Group: sk. sintuong tuong. Website created & designed by: Mr. Mazlan Abdul (mazlanpost@gmail.com)

Welcome to Sk. Sintuong-Tuong Tambunan Sabah Malaysia.
  • read poster4
  • poster2

Latest

Update terkini!

untuk update terkini berkaitan dengan sekolah Sk. Sintuong-Tuong – XBA1227 sila lawati sosial network kami di alamat berikut:

http://www.facebook.com/groups/skstt/

http://www.facebook.com/groups/skstt/

sekian dan terima kasih.

Selamat Berpuasa & Selamat Hari Raya 2012!!..

We would like to wish everyone a Happy fasting and Happy Hari Raya to all staff of the Ministry of Education Malaysia and the rest of the world community of Muslim and non muslim. We pray with all that had we all do in this holy month, should be accepted by God.

To all who will return home on leave in conjunction with lebaran day, we like to remember to always be careful while driving and may we always pray for safe travel and return.

Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir & Batin.

Sk. Sintuong-Tuong
Tambunan Sabah

SELAMAT BERPUASA 2012!

Warga Sk. Sintuong-Tuong ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua umat islam walau dimana sekali pun anda berada!

Selamat Berpuasa Dari Kami semua warga Sintuong-Tuong!

Terima kasih kepada semua penaja.

Warga Sk. Sintuong-Tuong dengan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penaja yang telah menaja dan menyumbangkan hadiah sempena dengan hari kecemerlangan Sk. Sintuong-Tuong Tambunan 2011. Semoga dengan tersedianya hadiah ini diharapkan ianya dapat membantu pihak sekolah dan juga Kementerian Pelajaran Malaysia dalam melahirkan dan menggalakan  pelajar-pelajar untuk terus berusaha dengan lebih gigih dalam kegiatan kurikulum dan juga ko-kurikulum disekolah.  Sekali lagi ribuan terima kasih diucapkan kepada:

1. Fook Hing Long Mini Market Tambunan.

2. New Hope Enterprise Tambunan.

3. Book Store Tambunan Tambunan.

4. Pedalaman Sport Center Tambunan.

5. Kambadis Enterprise Tambunan.

6. Jasa Enterprise Tambunan.

7. Pustaka Evergreen Tambunan.

Program Kem Membaca 1 Malaysia

Program Kem Membaca 1 Malaysia  

Sk. Sintuong-Tuong Tambunan 2011

 

Program Kem Membaca 1 Malaysia 2011 ( KM1M 2011) akan berlangsung selama satu minggu bermula 31 Oktober hingga 4 November 2011.

Program Read2011: One Nation Reading Together juga akan dijalankan serentak dengan Program KM1M 2011.

Pelancarannya akan dilakukan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 2 November 2011 ( Rabu)
Masa   : 9.30 pagi ( selama 2,011 saat atau 33.5 minit)
Tempat : Sk. Sintuong-Tuong Tambunan, Sabah Malaysia.

Tema   : Pembacaan Pemangkin 1Malaysia

Tentatif:

8:30- pendaftaran pelajar.

8:40 – Taklimat daripada penyelaras.

9:00 – Pembahagian Buku Bacaan.

9:15 – Ucapan Pelancaran oleh Guru Besar SKSTT

9:30-10.5 – Program Kem Membaca 1 malaysia Dimulakan.

Sumber Poster: http://www.readtogether.com.my

Selamat Hari Raya Aidiladha 2011/1432H

Sk. Sintuong-Tuong Tambunan dengan ini ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 2011/1432H kepada semua rakyat malaysia tidak mengira bangsa dan juga agama. Bagi mereka yang sedang memandu untuk balik ke kampung halaman, pandulah dengan selamat ingatilah orang yang tersayang.

PROGRAM SELEPAS UPSR.

PENGENALAN

Setiap tahun Unit UPSR pihak Sekolah Kebangsaan Sintuong-Tuong akan merancang pelbagai aktiviti untuk murid-murid tahun 6 selepas UPSR. Aktiviti-aktiviti yang dirancang saban tahun adalah untuk mengisi masa murid-murid selepas UPSR. Setiap aktiviti yang dirancang menjurus kepada kesesuaian dan kemampuan murid. Antara aktiviti yang sering kali dilaksanakan ialah aktiviti keceriaan sekolah, permainan dan pertandingan. Selain itu, ada juga aktiviti yang berbentuk keagamaan serta kerohanian sesuai dengan usia murid yang meningkat remaja.

OBJEKTIF

1. Memastikan program yang diamanahkan oleh pihak Pejabat Pelajaran Daerah Tambunan akan tercapai dengan jayanya.
2. Menyumbang kesedaran kepada Ibu Bapa/Penjaga bahawa program yang dirangka oleh pihak sekolah perlu mendapat sokongan dan kerjasama yang menyeluruh.
3. Keprihatinan Ibu Bapa/Penjaga sewaktu menjaga dan mendidik anak-anak agar menjadi insan yang seimbang dan selari dengan kehendak ajaran agama.
4. Ibu Bapa/Penjaga perlu merancang corak kehidupan anak-anak demi masa hadapan mereka.
5. Daya pemikiran kreatif dan kritis Ibu Bapa/Penjaga penting untuk anak-anak dan membuka minda anak-anak daripada senantiasa dijajah oleh kemiskinan.
6. Mendapat maklumat terkini mengenai peranan pihak kerajaan dalam menjanakan masyarakat Malaysia yang berilmu dan serba boleh.
7. Menyedarkan bahawa anak-anak adalah generasi akan datang dan mereka perlu disemai dan diacuankan mengikut peredaran zaman serta tidak lari dengan landas- landas agama Islam dan kehendak pemerintah.
8. Mengisi masa selepas peperiksaan UPSR dengan aktiviti-aktiviti yang menarik.
9. Menyemai benih sayangkan sekolah dan semangat ingin belajar.

SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG

Unit Tahun 6 mengucapkan terima kasih kepada semua guru khususnya guru Tahun 6  yang bersama-sama membei komitmen dari segi tenaga bagi menjayakan program ini. Program ini adalah bertujuan memenuhi jadual waktu murid dengan aktiviti yang berfaedah merangkumi semua aspek pendidikan bagi membentuk murid yang mempunyai jati diri dan mantap dari segi rohani, jasmani, emosi dan intelektual. Harapan supaya program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Peperiksaan UPSR

UPSR adalah program pengujian yang ditadbir secara berpusat untuk menilai pencapaian kognitif pelajar di akhir sekolah rendah. 

Peperiksaan ini diambil oleh pelajar di akhir Tahun Enam pendidikan rendah.

Objektifnya ialah untuk menilai pencapaian pelajar sekolah rendah dalam kemahiran asas mereka dan juga bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Sains. Ia berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ).

Pelajar diuji bagi matapelajaran berikut :-

1. Bahasa Melayu (Pemahaman)
2. Bahasa Melayu (Penulisan)
3. Bahasa Inggeris
4. Matematik
5. Sains

UPSRI dilapor berdasarkan pencapaian pelajar dalam setiap ujian menggunakan skala lima-mata:

A
B
C
-
-
-
Sangat Baik
Baik
Sederhana
Pencapaian di atas tahap penguasaan minimum (lulus)

D
E
-
-
Lemah
Sangat Lemah
Pencapaian di bawah tahap penguasaan minimum (gagal)

sumber diperolehi daripada: http://iphira.tripod.com/srih/upsr.htm

Selamat Hari Merdeka, Selamat Berpuasa dan Selamat Berhari Raya Semua.

Versi Bahasa Malaysia.

Sk. Sintuong-Tuong Tambunan dengan ini ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin semoga perayaan pada tahun ini memberi seribu satu makna kepada kita semua tidak mengira bangsa dan juga agama. Bersama-samalah kita bermaaf-maafan. Bagi mereka yang sedang memandu, pandulah dengan selamat ingatilah orang yang tersayang. Sekali lagi Selamat menyambut Merdeka Raya 2011.

English Version.

Sk. Sintuong-Tuong Tambunan hereby would like to wish you Happy Fasting and Happy Hari Raya Maaf Zahir Batin And hopefully this year’s festival gives a meaning to us all, regardless of races and religions. Let us tolerance and greetings. For those who are driving, drive safely think of your loved ones. Again, “Happy celebrate the Merdeka Raya 2011″.

Pemusatan UPSR, Majlis Berbuka Puasa & Program Anak Angkat 2011

Pada 08/08/2011 Sk. Sintuong-Tuong Telah mengadakan Majlis Perasmian Program Pemusatan UPSR tahun 6, Majlis Berbuka Puasa & Majlis Penyerahaan Anak Angkat untuk sesi 2011. Majlis ini telah dihadiri oleh Guru Besar, semua guru, PIBG sekolah dan penduduk sekitar kampung yang berdekatan. Pelbagai juadah disediakan bagi memeriahkan lagi majlis pada kali ini. Pihak sekolah dengan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. syabas diucapkan.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: